hari ini adalah hari terakhir ku menjalani peperikasaan akhir di UTM. terasa sedih dan terharu pula untuk meninggalkan bumi utm tercinta ini. Banyak suka duka yang ku lalui sepanjang berhijrah di bumi selatan yang mana sangat asing bagiku dulu. perkenalan dengan sahabat-sahabat terasa macam baru semalam kita berkenalan.
argh..cepatnya masa berlalu.
terasa bagai baru semalam berdaftar di utm. kini kakiku terpaksa melangkah pulang ke negeri tercinta.. tidak tahu lagi ke mana kakiku terpaksa melangkah selepas ini....
di Johor kah, atau di KL atau di negeri sendiri...
perjalanan ini masih jauh....entah bila kesudahannya..hanya Allah saja yang tahu..
sahabat,
entah bila pula kita akan bertemu lagi...
masing-masing akan membawa haluan sendiri...
ada yang nak sambung Master, ada yang nak terus bekerja...
terpulang pada rezeki sahabat-sahabat..
tapi yang penting.. di mana pun kita berada Akidah kita tetap sama..
Akidah Islamiyah pegangan kita.
sahabat seperjuangan sekalian..
Aku ingin memohon maaf andai selama kita bersahabat ada terasa terluka, tercedera, dan bermacam lagi ter... yang tidak dapat di ungkapkan dengan kata-kata.
Setiap orang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
Mohon dipinta, maaf di hulur andai hari ini adalah hari terakhirku di alam ini..
Ajal maut ditangan Tuhan.. adakah kita bersedia menempuhinya.
sahabat perjuangan yang dikasihi..
teruskan perjuangan mu walau di mana berada. Letakkan Allah di depan. Niatkan segala apa yang kita lakukan hanya kerana Allah...
Akhir kata,
Teruskan perjuangan dan sentiasa istiqamah dalam mengharungi liku-liku hidup ini.