pejam celik dah masuk ke 23 ramadhan...
tanya pada diri,
adakah puasa kali ini lebih baik dari sebelum ini?
adakah kita sempat khatam al-Quran 30 juzuk?
adakah solat malam ku sentiasa istiqamah?
adakah hubunganku dengan Allah semakin meningkat?
adakah pahala puasaku dilibat gandakan atau hanya lapar dan dahaga sahaja yang ku dapat?
adakah aku benar-benar ikhlas menjalani ibadat puasa?
adakah aku selalu bersedekah di bulan yang mulia ini?
adakah semua pancainderaku (telinga, mata, hati, kaki, tangan) terjaga dari segala bentuk kemaksiatan?
adakah aku selalu memohon maaf dengan sahabat-sahabatku?
adakah aku selalu berdoa untuk ibu bapaku?
adakah aku selalu berdoa sahabat-sahabatku?
begitu banyak persoalan yang perlu ku jawab..
YaAllah , ampunkan dosa hambaMu yang kerdil in lagi hina..
berikan aku petunjuk ke jalan yang Kau redhai...
berikan aku cahaya seperti mana Kau memberi chaya kepada matahari untuk menerangi alam..
Ya Allah ampunkan dosa-dosa yang lali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment